SYDNEY, 27 Jun – Perlawanan semula antara Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao besar kemungkinan berlaku jika petinju legenda Filipina itu memenangi pertarungannya menentang pencabarnya dari Australia, Jeff Horn hujung minggu ini, menurut pelatihnya hari ini.
Pacquiao yang ditumpaskan oleh Mayweather dengan kiraan mata dalam “Fight of the Century” dua tahun lalu akan menjadi petinju paling digemari apabila dia mempertahankan gelaran dunianya menentang Horn yang tidak pernah ditumpaskan, di Brisbane.
Namun pertarungan Horn mungkin genting tentang sama ada “Pac-Man” menjamin satu lagi pertarungan dengan saingannya dari Amerika, Freedie Roach memberitahu para pemberita di Brisbane.
“Horn boleh menyingkirkan kami dengan teruk sekali. Saya berpendapat Manny dalam situasi mesti menang. Dia mahu bertarung semula dengan Mayweather,” kata Roach lagi.
“Dan maksud saya untuk mengatasi Mayweather mesti hebat menentang Jeff Horn, dia perlu hebat, dia perlu hebat.”

“Saya berpendapat banyak perjuangan dalam pertarungan ini dan saya merasakan Manny perlu nampak benar-benar hebat dalam pertarungan ini dan dengan cara latihan yang dijalani, saya berpendapat dia akan hebat.”
Pacquiao masih malu-malu tentang kemungkinan perlawanan semula itu, dengan menekankan fokusnya pada pertarungan gelaran welterweight Pertubuhan Tinju Sedunia, menentang Horn, 29 tahun bekas guru sekolah di Stadium Suncorp Brisbane.
“Jika ada peluang, mengapa tidak. Saya bersedia, tetapi terlebih dahulu beri tumpuan pada pertarungan ini,” jaguh dunia enam kali yang berusia 38 tahun itu memberitahu para pemberita apabila ditanya tentang bertarung lagi dengan Mayweather.
“Kami tidak mahu memandang rendah pada Horn dalam memikirkan tentang pertarungan lain, pertarungan ini belum dilaksanakan lagi.” – AFP