BRISBANE, Australia, 29 Jun – Manny Pacquiao tidak menonjolkan diri, jelas atas gesaan pihak polis setempat, yang membuatkan saingannya, Jeff Horn melayani ramai orang yang bilangan mereka lebih ramai pada sesi latihannya di pusat bandar berbanding pertarungannya sebelum ini.
Pacquiao, jaguh dunia sebanyak 11 kali akan memakai tali pinggang gelaran dunia welterweight WBO pada hari Ahad ini di Suncorp Stadium, yang mana dia adalah orang yang sangat digemari untuk mencatatkan kemenangan profesional kali ke-60.
Pada kunjung sebelumnya untuk mempromosi “Battle of Brisbane.” Pacquiao telah dikerumuni oleh para penggemarnya yang meluru ke arahnya tanpa dijangkakan pada kemunculan di khalayak ramai tanpa persediaan.
Justeru itu para penganjur setempat berkata mereka telah mengikut nasihat polis negeri Queensland supaya memberi ruang rehat bagi senator Filipina itu dari kegiatan promosi semalam, manakala Horn muncul bagi sesi latihan ringan di gelanggang sementara berhampiran Queens Street Mall, seronok dengan tumpuan beratus-ratus penonton yang sedang menikmati rehat makan tengah hari pada hari ceria.
“Bagi tujuan keselamatan, Manny tidak ada berada di sini hari ini,” kata pengarah Duco Evans Dean Lonergan. “Kami menerima nasihat daripada polis Queensland.”

Pasukan Pacquiao bagaimanapun memberikan kefahaman kepada para peminat tempatan semalam, apabila pelatih legendanya Freddie Roach meramalkan pertarungan akan ‘singkat dan manis’ dan seseorang akan menerima knockout.
Pacquiao (59-6-2) meraih kemenangan ke-38 melalui knockout pada tahun 2009, tetapi katanya dia lebih gigih lagi dalam persiapan bagi pertarungan ini dari persiapan tahun-tahun sebelumnya. Dia pernah merebahkan rakan tinjunya, kata Roach dan terpaksa dihentikan dalam beberapa sesi kerana terlalu keras.
Para penganjur Horn menuduh para penyokong Pacquiao tidak cukup mengambil serius akan pertarungan ini, dengan menuduh petinju Filipina berusia 38 tahun itu telah pun bercakap tentang kemungkinan perlawanan semula dengan Floyd Mayweather dan bersikap biadab pada sidang media dengan menghantar teks melalui telefon bimbitnya.
Tetapi Pacquiao biasa dengan permainan sebelum perlawanan, dan berkata dia lebih suka bertarung dengan penentangnya di tanah air mereka dan di hadapan orang ramai.
Keadaan akan begitu bagi pertarungan luar dan sebelah tengah hari, Lonergan berkata lebih 47,000 tiket telah pun dijual, hampir 10,000 lebih dari rekod tinju Australia dan bakal mendapat tempat 50,000 ke atas. Pertarungan juga dijangka menjual lebih bayaran setiap tontonan dari mana-mana yang lain dalam pasaran Australia dan siaran langsung ESPN akan sampai kepada kira-kira 95 juta buah rumah AS pada malam Sabtu. – AP