BRISBANE, Australia, 25 Jun – Manny Pacquiao menghadiri acara keagamaan di Brisbane hari ini, beberapa jam selepas tiba di Australia bagi pertarungan gelaran dunia menentang petinju Australia Jeff Horn pada 2 Julai.
Pemegang gelaran welterweight WBO meninggalkan bandar kelahirannya Bandar General Santos di Filipina dan mendarat di Lapangan Antarabangsa Brisbane semalam.
Dia diiringi oleh kakitangan tentera di Filipina menuju ke pesawat khasnya A330 yang dihiasi dengan “PacMan di belakang badan pesawat.
Pacquiao, 38 tahun diiringi oleh pelatih Freddie Roach, jurulatih penyesuaian Justin Fortune, rakan tinjunya George Kambosos Jr dan anggota lain dalam rombongannya yang menurut jurucakapnya berjumlah seramai 160 orang.
“Latihan memuaskan, kami telah banyak bekerja keras, saya sangat seronok untuk memberikan persembahan terbaik saya di gelanggang kepada para peminat saya,” dia memberitahu radio Australian Broadcasting Corp.
“Beberapa laporan dari Filipina mengatakan saya belum berlatih dengan gigih adalah tidak benar.
Secara kebetulan apabila beberapa rakan kami datang ke kem latihan kami, kami tidak begitu gigih berlatih dan orang mengandaikan saya tidak gigih berlatih.”
Roach, yang pernah melatih jaguh-jaguh dunia seperti Mike Tyson, Oscar De La Hoya dan Wladimir Klitschko, berkata Pacquiao berhasrat mengekalkan gelaran dunianya.
“Dia mempunyai etnik kerja terbaik di dunia. Dia gigih berlatih setiap hari dan kami melakukan 48 pusingan tinju setiap hari tanpa henti, hanya bekerja, bekerja, bekerja,” kata Roach lagi.
“Kami berada di sini untuk bertarung, kami tidak mengambil ringan sesiapa pun.”
Pacquiao berkata dia merancang untuk mengadakan pertarungan ringan esok.
Pacquiao yang kini adalah Senator Filipina, mempunyai rekod karier 59-6-2 dengan 38 tewas jatuh. Pertarungan menentang Horn adalah pertahanan Pacquiao yang pertama bagi gelaran yang telah menanginya November lalu dengan keputusan sebulat suara, ke atas Jessie Vargas.
Horn, 29 tahun memiliki rekod per-lawanan 16-0-1, dengan 11 tewas jatuh adalah peserta Olimpik 2012. – AP