Wednesday, March 26, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah akibat buang sampah merata

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seorang individu telah dikenakan kompaun sebanyak $300 oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) di kawasan Pantai Jerudong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini, menyatakan dapatan semasa rondaan rutin, sebanyak tiga buah syarikat juga dikenakan kompaun antara $500 hinggan $1000 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Ramapaian (Penggal 30) di kawasan Kampung Sengkurong dan Kampung Lugu, Mukim Sengkurong.

    Individu dan syarikat-syarikat berkenaan diarahkan untuk membersihkan kawasan dan menjelaskan denda kompaun dalam masa tujuh hari. Jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu dan tidak melebihi $30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan Daerah Brunei dan Muara juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan whatsapp 8321581. 

    Atas & Bawah: Antara kesalahan oleh individu yang dikesan.

    Antara kesalahan-kesalahan oleh syarikat-syarikat yang dikesan. –  GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JDBM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda