Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah ‘angkut’ kereta rosak tepi jalan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Dua warga tempatan baru-baru ini, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas mereka mengaku bersalah mencuri kenderaan dan bersubahat dengan pemandu trak tunda.

    Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman pada 25 Mei lalu menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad bin Kepli, 35 tahun dan Md Dzulfadli bin Abdullah @ Eddy anak Ugeng, 42 tahun.

    Pendakwa Aeny Zullizam mendedahkan bahawa kedua-dua mereka telah bertemu pada 17 Februari untuk melancarkan rancangan mencuri sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan kejiranan Md Dzulfadli.

    Beberapa hari kemudian, mereka memanggil perkhidmatan trak tunda dan membawa kereta itu ke rumah Mohammad di Bukit Beruang. Mohammad membayar pemandu trak tunda itu sebanyak $60.

    Pemandu trak tunda yang tidak mengetahui perkara sebenar hanya diberitahu oleh kedua-duanya bahawa kereta yang ditariknya adalah milik Md Dzulfadli dan sedang dibaiki oleh Mohammad.

    Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pemilik kereta itu menyedari keretanya hilang dari hujung simpang di Perpindahan Kampung Lambak Kanan dan membuat laporan polis pada 18 Februari lalu.

    Siasatan membawa kepada penahanan kedua-duanya dan kereta tersebut berjaya didapatkan

    semula. Pemilik kereta itu mendakwa dia tidak dapat membaiki kereta itu sejak 2015.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda