Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah bawa rokok seludup, didenda $46,500

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Seorang lelaki warga Malaysia kelmarin telah diperintahkan untuk membayar denda berjumlah $46,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki rokok seludup.

    Hisham bin Aladin terpaksa menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mendengar hujah pihak pendakwa kastam bahawa defendan tiba di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada jam 11 pagi 26 Oktober lalu dengan menaiki sebuah kenderaan.

    Pemeriksaan yang dijalankan oleh pemeriksa kastam telah membawa kepada penemuan 60 karton rokok pelbagai jenama di dalam kenderaan defendan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda