Wednesday, February 26, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah buang puntung rokok

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 25 FEB – Seorang individu telah dikenakan denda kompaun $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang puntung rokok di kawasan bangunan komersial di Kampung Sengkurong pada 12 Februari lalu.

    Individu itu didenda di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada tindakan mahkamah, di mana jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang daripada $3,000 dan tidak melebihi $9,000 atau dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, JASTRe menggesa orang ramai dan pemilik perniagaan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Seorang individu dikenakan denda oleh pegawai JASTRe kerana membuang puntung rokok. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    GAMBAR SERAHAN JASTRE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda