Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah buang putung rokok

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 5 JULAI – Seorang lelaki lelaki telah dikenakan denda kompaun $200 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) kerana didapati membuang puntung rokok di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBKBS, Abdul Mateen bin Abdul Ghani (31-016337) melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 dan diberi tempoh tujuh hari untuk membayar denda berkenaan dan jika didapati gagal boleh didakwa di mahkamah.

    Jabatan berkenaan mengingatkan orang ramai dan syarikat-syarikat supaya membuang sampah di tempat-tempat yang disediakan dan tidak meninggalkan sebarang jenis sampah di tempat-tempat awam bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

    Selain itu, pengusaha-pengusaha restoran dan kedai-kedai makan juga diingatkan supaya menjaga kebersihan perangkap minyak tidak membiarkan pencemaran yang boleh menyebabkan longkang kotor dan berbau.

    Bahagian Penguatkuasaan JBKBS juga akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dan akan mengenakan denda kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang membuang sampah di tempat awam.

    Ini termasuk membuang sampah di tempat pusat pembuangan sampah yang hanya dikhaskan untuk penyewa, peniaga atau penjaja di bangunan komersil kerajaan seperti Bangunan Pasarneka Kuala Belait dan Gerai Bunga Simpur.

    Untuk aduan mengenai pembuangan sampah di tempat-tempat awam di kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JBKBS di talian 3330789 atau 3330780 sambungan 215.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda