Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah mengeluarkan denda kompaun berjumlah $500 ke atas seorang lelaki kerana membuang sampah di tempat awam dekat kawasan masuk Pantai Meragang, Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.
Menurut JASTRe, individu berkenaan yang dikenal pasti sebagai Mohammad Hemayet Uddin telah dirakam menerusi CCTV, membuang sampah ke tempat awam.
Denda berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Seksyen 12(1) Penggal 30.
Individu tersebut diberi tempoh tujuh hari untuk membayar denda tersebut dan jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.
JASTRe terus mengingatkan orang ramai dan syarikat-syarikat untuk memastikan kebersihan alam sekitar terus terjaga.
