Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lelaki didenda $100, buang sampah di tempat awam

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Seorang lelaki dikenakan denda kompaun $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) selepas dia dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) didapati sedang membuang sampah di kawasan awam yang terletak di belakang bangunan kerajaan.

    Tindakan tersebut dirakam CCTV di mana Mohamad Iqbal bin Morni dilihat sedang membuang sampah dari sebuah kenderaan yang tidak bergerak.

    Berikutan itu, denda telah dikeluarkan di bawah Seksyen 12(1), Bab 30 Akta Kesalahan Pelbagai, dan jabatan itu memberi tempoh tujuh hari kepada individu tersebut untuk menjelaskan denda itu.

    Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes dihadapkan ke mahkamah, dan jika didapati bersalah, denda selanjutnya boleh dikenakan tidak kurang daripada $1,000 dan tidak lebih daripada $3,000.

    Sehubungan itu, pihak JASTRe juga mengingatkan orang ramai dan pihak syarikat supaya memastikan kebersihan alam sekitar sentiasa terjaga.

    Rakaman CCTV menunjukkan Mohamad Iqbal dilihat sedang membuang sampah dari sebuah kenderaan yang tidak bergerak. – Gambar serahan JASTRe

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini