Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah buang sampah merata, 2 syarikat dikompaun $1,000

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Dua buah syarikat telah dikeluarkan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melanggar Akta Kesalahan Rampaian 2021, Penggal 30 disebabkan membuang sampah di merata tempat di kawasan tapak projek semasa operasi rondaan pada 18 Januari lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, menyatakan bahawa kedua-dua buah syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000.00 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021 kerana membuang sampah di merata tempat di kawasan tapak projek.

    Syarikat-syarikat berkenaan adalah dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tujuh hari di mana jika gagal membayar denda berkenaan dalam masa tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan todak melebihi $30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan, tapak projek dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah-sarap di tempat awam.

    Salah satu tempat di kawasan tapak projek yang didapati dipenuhi dengan sampah. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda