Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah cuba curi kabel

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Seorang lelaki penduduk tetap dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, setelah dia mengaku bersalah atas percubaan untuk mencuri kabel.

    Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Abdul Rahman semasa menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Shariff bin Mohamad, 46, menekankan bahawa perbuatan tertuduh adalah kesalahan yang serius dan hukuman harus dijatuhkan ke atasnya bagi menghalang orang lain daripada melakukan perkara yang sama.

    Timbalan Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mendedahkan di mahkamah bahawa tertuduh melakukan percubaan tersebut di pejabat pos di Kampung Mentiri kira-kira 11:30 malam pada 12 Ogos lalu.

    Dengan menggunakan peralatan, tertuduh mula memotong kabel bumi dari kawasan yang telah digali dan cuba melarikan diri apabila melihat beberapa orang menuju ke arahnya.

    Walau bagaimanapun, tertuduh terjatuh sebelum sempat melarikan diri dan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya menahannya.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda