Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah curi iPhone 6s

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, atas ke-salahan mencuri iPhone 6s.

    Pendakwa Syafina Abdul Hadzid mendedahkan kepada mahkamah bahawa Mohamed Arif bin Norhamdi Syukri menunggang basikalnya ke kedai runcit di Ban 3, Sengkurong pada tengah hari 17 Oktober.

    Dia terlihat sebuah kereta berhenti dan pemandunya memasuki kedai berkenaan dengan meninggalkan kereta tanpa berkunci.

    Tertuduh melihat ke dalam kereta dan terlihat telefon di atas kerusi penumpang lalu membuka pintu kereta dan mengambil telefon berkenaan.

    Kemudian, dia menjual telefon berkenaan dan mendapat $45 yang digunakannya untuk membeli dadah. Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengendalikan kes berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda