Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Seorang lelaki yang mencuri kereta dihukum lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.
Hukuman terhadap Mohammad Fadzley bin Yahya, 38, yang mengaku bersalah, dijatuhi oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman. Menurut kertas pertuduhan, tertuduh bersama seorang rakannya mencuri sebuah kereta dari kawasan sebuah kedai pada 8 Jun 2019 kira-kira jam 7 pagi.
Kereta itu ditemui berada di kawasan letak kereta Masjid Perpindahan Lambak Kanan di sebelah malam pada hari yang sama. Rakan tertuduh telahpun dijatuhi hukuman penjara pada 15 Jun lalu. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.