Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah curi kereta

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seorang penganggur dijatuhi hukuman 16 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri sebuah kereta.

    Mohd Nazri bin Haji Mohd Noordin, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman kerana mencuri kereta Chrysler Voyager dari kawasan sebuah rumah di Kampung Sungai Orok, pada 27 Mei 2017.

    Kehilangan kereta itu disedari oleh pembantu rumah yang kemudian memaklumkannya kepada majikannya, yang juga pemilik kereta tersebut.

    Pemilik kereta kemudian membuat laporan polis dan turut menghantar maklumat mengenai kehilangan keretanya melalui laman sosial, yang terus menjadi tular.

    Tertuduh yang memandu kereta tersebut berjaya ditahan oleh orang awam di Jalan Mentiri pada tarikh yang sama.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda