Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah curi untuk sara diri

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Seorang penganggur yang mencuri untuk menyara dirinya telah dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, kelmarin.

    Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim terhadap Muhammad Firdaus bin Mat Jalani, 22 tahun, yang mencuri komputer riba di sebuah rumah di Perumahan Teres Mentiri pada 1 April 2019 jam 1 petang.

    Kemudian, defendan meminta bantuan daripada rakannya untuk menjual komputer riba berkenaan.

    Defendan turut mencuri dua balang Nutella 680g di sebuah kedai runcit di Kampung Mentiri pada 10 malam, 9 Ogos 2019.

    Defendan tidak sempat meninggalkan kedai apabila pengurus kedai menghalangnya dan meminta untuk melihat beg defendan yang enggan menunjukkannya tetapi pengurus tersebut berkeras dan mendapati dua balang Nutella dalam beg berkenaan.

    Defendan kemudian berjaya terlepas daripada situasi berkenaan dan melarikan diri. Pengurus kedai tersebut cuba mengejarnya tetapi gagal. Defendan kemudian menjual kedua-dua balang Nutella berkenaan.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aeny Zullizam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda