Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah enggan bayar minyak kereta

    ATHENS, 13 DIS – Seorang remaja berusia 16 tahun ditembak di kepala oleh polis Greece telah meninggal dunia, kata hospital di mana dia menerima rawatan hari ini.

    ”Hari ini, meskipun usaha sedaya-upaya kakitangan dalam unit rawatan rapi, pesakit telah meninggal dunia,” kata Hospital Ippokratio dalam satu kenyataan.

    Remaja tu ditembak oleh polis penunggang motosikal selepas dilaporkan memandu keluar dari stesen minyak tanpa membayar AS$21 untuk minyak yang diisi.

    Polis berkata remaja itu ‘cuba merempuh motosikal polis’ dan melakukan ‘tindakan lain yang membahayakan orang ramai’ ketika dia melarikan diri. – AP

    Reaksi seorang wanita ketika dia memegang gambar remaja sementara saudara-mara dan pembantah lain membantah di luar mahkamah di Thessaloniki. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda