Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Padah gagal beri cuti rehat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Sebanyak empat kesalahan telah didapati semasa Operasi Siaga 09/2024 yang telah dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini, bertempat di kawasan Kampung Lambak Kanan.

    Operasi tersebut dikendalikan bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Kesalahan-kesalahan yang didapati itu adalah di bawah Perintah Pekerjaan yang dilakukan oleh majikan iaitu Bab 63 gagal memberikan cuti rehat, Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan, Bab 82 gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas dan Bab 39 gagal membayar gaji pekerja dan bayaran lebih masa.

    Bagi kesalahan tersebut, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan.

    Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh dalam kenyataan akhbarnya mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Pihak penguat kuasa semasa menjalankan Operasi Siaga. – Gambar serahan Jabatan Buruh

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...