Saturday, January 4, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah gagal patuhi arahan pemeriksaan kastam

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Mahkamah Majistret pada Isnin memerintahkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 22 tahun membayar $1,500 kerana gagal memberhentikan kenderaannya untuk pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

    Mohd Rizuan bin Abdullah Ikhwan perlu menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman mendengar kejadian itu berlaku pada 28 Disember, jam 3:08 petang di Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujong Jalan serta Pos Kawalan Labu.

    Defendan telah dipintas oleh pegawai pemeriksa kastam selepas gagal mematuhi arahan untuk pemeriksaan lanjut.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda