Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah ganggu anak majikan, pemandu Indonesia kena hukum

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seorang pemandu warga Indonesia yang berdepan tuduhan mengganggu privasi dan mencabul kehormatan anak majikannya, dijatuhi hukuman dua tahun enam bulan penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret.

    Hukuman ke atas Fahrurokit dijatuhkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid selepas tertuduh mengaku bersalah.

    Kejadian bermula pada 18 November 2017 pada jam 2 pagi apabila tertuduh cuba membuka pintu bilik tidur mangsa namun mendapatinya berkunci.

    Dia terlihat seluar dalam mangsa di dalam bakul pakaian yang diletakkan di luar bilik mangsa dan mengambilnya.

    Tertuduh kemudian memasuki bilik mangsa melalui siling bilik bacaan dan duduk sebelah katil mangsa sambil menghidu seluar dalam mangsa.

    Mangsa kemudian terjaga dan terkejut melihat tertuduh berada di dalam biliknya.

    Tertuduh hanya memberitahu yang dia tidak berbuat apa-apa bila ditanya oleh mangsa.

    Mangsa yang merasa terganggu telah pergi ke rumah bapa saudaranya yang terletak bersebelahan dan memaklumkannya mengenai apa yang berlaku. Ibu bapa mangsa ketika itu berada di luar negara.

    Bapa saudara mangsa kemudian bersemuka dengan tertuduh sebelum membuat laporan polis.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda