Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Seorang anak berusia 24 tahun yang mencuri komputer riba daripada syarikat bapanya dihukum lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
Pemangku Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Suhaili bin Haji Asmali yang mengaku bersalah mencuri dua komputer riba dari Syarikat Assulay, Jalan Lampaki Mulaut pada 20 Ogos 2018.
Menurut fakta kes, bapa tertuduh yang mendapati pejabatnya diselongkar terus mengesyaki anaknya kerana sebelum ini tertuduh pernah menyelongkar syarikatnya.
Bapa tertuduh pergi mencari tertuduh di rumah rakannya. Tertuduh kemudian diserahkan kepada polis oleh bapanya.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni.