Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Padah longgok sampah di tempat awam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seorang pekerja asing dan sebuah syarikat telah dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong atas kesalahan melonggokkan sampah di tempat awam, hari ini.

    Pekerja asing di Syarikat Court Pioneer dengan beralamat rumah pekerja di Bangunan Haji Mohd Zain dan Anak-anak, Kampung Tanjong Panjang, Tutong telah dikenakan kompaun $100, manakala itu, Syarikat Bright World Optic di Sengkarai, Pekan Tutong dikenakan kompaun $200.

    Denda yang dikenakan adalah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30, dan mereka diarahkan untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan bahawa sesiapa yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah dan kotoran di tempat awam boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Perintah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Pindaan), 2021 peruntukan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30).

    Di bawah bab berkenaan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya pula boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Manakala itu, badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Longgokan sampah yang ditemui semasa operasi rondaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...