Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah masuk negara tanpa dokumen sah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Tindakan seorang lelaki warga Malaysia yang memasuki negara ini dengan menaiki basikal tanpa memiliki dokumen perjalanan sah mengundang padah apabila dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Hukuman terhadap Rozain bin Awang, 31, yang mengaku bersalah atas pertuduhan masuk ke negara ini tanpa dokumen sah pada 25 Ogos 2019, dijatuhi Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

    Tertuduh ditahan polis di kawasan Kampung Labu Estate, Temburong pada 25 Ogos selepas didapati gagal melaporkan diri ke kaunter pegawai imigresen bertugas di Pos Kawalan Imigresen Labu, Temburong.

    Tertuduh yang mendakwa tidak pernah memiliki pasport memberitahu bahawa dia memasuki negara ini untuk tujuan mencari pekerjaan.

    Pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda