Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Padah memalsukan dokumen

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Seorang wanita dijatuhi hukuman denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memalsukan dokumen.

Nurul Husna binti Haji Mohd Jaafar, 29, mengaku bersalah kerana memalsukan surat pengesahan kerja dan slip gaji untuk memohon pinjaman kereta pada tahun 2009.

Jika gagal membayar denda, Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkannya untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Sementara Thanwa bin Morsidi, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama dan memohon untuk dibicarakan.

Manakala Muhammad Wafiy Narzuki bin Abdullah Sia @ Sia Chia Yong yang didakwa bersubahat dengan Nurul Husna dan Thanwa dengan menyediakan mereka dokumen palsu tersebut memohon kepada mahkamah untuk memberinya masa untuk mendapatkan khidmat peguam.

Majistret Dewi Norlelawati menangguhkan kes kepada 14 Ogos. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -