Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah mencuri, menceroboh

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Tiga lelaki yang disabitkan kesalahan selepas perbicaraan atas pertuduhan melakukan curi dan menceroboh pada 2017, dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman 19 bulan penjara terhadap Mohammad Suhaib bin Haji Narudin; 18 bulan penjara terhadap Hafizan bin Abdul Aziz manakala Mohammad Aminnudin bin Ahmad Termizi @ Matdani bin Juni menerima hukuman 20 bulan penjara.

    Ketiga-tiga tertuduh didapati melakukan kesalahan itu dalam kejadian berasingan di beberapa buah rumah di RPN Kampung Mengkubau pada Mac, April dan Mei 2017.

    Antara barang yang dicuri termasuk alat penggerudi elektrik, tong gas, wang berjumlah $1,700, barang kemas, Sony Playstation, alat dengar, tabung syiling, alat penggerudi, pengecas telefon bimbit dan botol minyak wangi.

    Tertuduh telah menjual sebahagian daripada barang yang dicuri itu di laman sosial Facebook dan hasilnya dibahagi sesama mereka.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda