Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Dis – Gara-gara memiliki 25 karton rokok tanpa cukai, seorang lelaki warga Indonesia dihukum denda $18,400 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman denda dijatuhkan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman terhadap Fendi Lardiana, 37, yang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Dia didakwa menyimpan rokok-rokok itu dalam lori treler ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 22 Disember 2017.
Jika defendan gagal membayar denda itu, dia diarahkan untuk menjalani penjara selama 12 bulan.