Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah miliki rokok seludup, didenda $102,500

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk membayar denda $102,500 kerana memiliki sejumlah besar rokok seludup.

    Zakeria bin Haji Abdul Latip, 43, perlu menjalani hukuman penjara 19 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan didapati menyimpan 129 karton, 19 paket dan 12 batang rokok di sebuah rumah di Jalan Jaya Negara, Kuala Belait ketika pegawai pencegahan kastam menjalankan pemeriksaan pada jam 4:55 petang, 15 Jun 2022.

    Mahkamah juga turut mengarahkan agar kesemua rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda