Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah miliki rokok seludup, didenda $17,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Seorang warga tempatan berusia 37 tahun diperintahkan oleh Mahkamah Majistret hari ini untuk membayar denda $17,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Mohamad Yusri bin Suhaili perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar denda.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa pegawai pencegah kastam mendapati defendan telah menyimpan 17 karton dan satu paket rokok tidak diisytiharkan di kediamannya di STKRJ Telisai, Tutong dalam serbuan pada 2:42 petang pada 27 Ogos 2022.

    Mahkamah juga mengarahkan rokok itu dirampas dan dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda