Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah miliki rokok seludup, warga asing didenda $5,000

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Seorang lelaki warga Indonesia telah diperintahkan untuk menjelaskan denda $5,000 kerana memiliki rokok seludup.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni memerintahkan Mujiono, 49, menjalani hukuman penjara selama lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa kastam mendedahkan di mahkamah bahawa defendan didapati memiliki tiga karton, 12 bungkus dan 14 batang rokok seludup pelbagai jenama.

    Penemuan itu adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai pencegah kastam di sebuah kediaman pekerja di Kampung Kapok pada 29 Oktober lalu.

    Mahkamah mengarahkan rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda