Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah pecah masuk sekolah dan rumah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Dua lelaki yang melakukan pecah masuk rumah dan curi dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Perantaraan disini, hari ini.

    Hakim MuhammedFaisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memutuskan hukuman dua tahun empat bulan penjara dan satu sebatan terhadap Mohammad Nur Syazwandy @ Aminurizal bin Saroz, manakala rakannya MohammadAzeem Wan Adika bin Jeluddin menerima dua tahun penjara dan juga satu sebatan.

    Mohammad Nur Syazwandy mengaku bersalah memecah masuk sebuah sekolah agama di Madang antara 8 dan 10 Februari, dan mencuri peralatan audio, duit syiling dan alat pembersih hampagas.

    Dia juga melakukan pecah masuk rumah di Kampung Madang dan mencuri tiga rim kereta dan tiga tayar dalam kejadian antara 18 dan 19 Mac.

    Mohammad Azeem Wan Adika pula mengaku bersalah mencuri sebuah kereta dari kawasan letak kereta sebuah restoran di Sungai Akar Sentral antara 21 dan 22 Mac.

    Mohammad Nur Syazwandy juga membantu Mohammad Azeem untuk menyembunyikan kereta curi itu.

    Dalam kejadian lain, kedua-dua mereka juga memecah masuk sekolah agama di Madang antara 2 dan 4 April dan mencuri permaidani, pembesar suara, wang berjumlah $6 dari tabung wang dan modem WiFi.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayatul AenyAlisah binti Haji Zullizam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda