Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah seludup rokok, minuman beralkohol

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seorang lelaki warganegara Malaysia Sabtu lalu telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membayar denda berjumlah $168,736 kerana memiliki 220 karton rokok serta minuman beralkohol pelbagai jenama.

    Defendan, Sakai Bian, 39, perlu menjalani hukuman penjara 30 bulan jika gagal membayar denda tersebut. Menurut fakta yang didedahkan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi, barang seludup tersebut ditemui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) pada 23 November lalu apabila kenderaan defendan ditahan untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Sungai Tujoh di Daerah Belait.

    Defendan mengaku menyembunyikan pelbagai barangan seludup di dalam dan di bawah kenderaan bagi mengelak dikesan. Majistret Nursariy Shahmina binti Jaffri seterusnya memerintahkan supaya barang rampasan JKED dilucuthakkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda