Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinjauan ke sekolah-sekolah terlibat integrasi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Berikutan pengintegrasian mata pelajaran agama ke dalam sistem pendidikan umum pada 1 November lalu yang melibatkan pelajar-pelajar peringkat Pra sehingga Darjah 3 sekolah agama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan tinjauan untuk melihat suasana waktu tengah hari di sekolah-sekolah rendah.

    Ibu bapa menunggu anak mereka semasa waktu makan tengah hari di Sekolah Rendah Mabohai, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan dan KHEU

    Semasa tinjauan waktu rehat tengah hari, iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 1:30 petang, ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk mengambil anak-anak mereka keluar untuk makan tengah hari, makan bersama anak-anak mereka di sekolah semasa waktu rehat tengah hari dan juga menghantar makanan kepada anak-anak yang masih berada (stayback) di sekolah.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda