Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah simpan minuman beralkohol

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seorang warga tempatan berusia 64 tahun diarah membayar denda $5,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki simpanan minuman beralkohol di kediamannya.

    Teo Hock Heng perlu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Majistret Syaffina Shahif mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan menyimpan 147 tin dan 36 botol minuman beralkohol ketika pegawai pencegahan kastam menyerbu rumahnya di Kampung Sengkarai, Tutong pada 11:14 pagi, 13 November 2021.

    Gambar Freepik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda