Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah tendang arnab, lelaki ditahan polis

    TOKYO, 23 JAN – Polis Jepun hari ini menahan seorang lelaki atas tuduhan menendang seekor arnab, ketika pihak berkuasa menyiasat kematian lebih 70 ekor arnab di sebuah pulau yang terkenal dengan populasi arnab yang banyak.

    Kejadian berlaku di Pulau Okunoshima, wilayah Hiroshima, yang menjadi rumah kepada lebih 1,000 ekor arnab yang bebas berkeliaran dan sering diberi makan oleh pelancong, menurut laman web rasmi pulau itu.

    Riku Hotta, seorang lelaki berusia 25 tahun dari timur Kyoto, “ditahan pada Selasa disyaki menendang seekor arnab,” kata jurucakap polis kepada AFP. Arnab tersebut dilaporkan mati akibat insiden itu.

    Media tempatan melaporkan bahawa polis sedang menyiasat sama ada Hotta juga terlibat dalam penemuan 77 bangkai arnab yang dijumpai di pulau itu sejak akhir November.

    “Kematian ini boleh disebabkan oleh penyakit berjangkit, cuaca sejuk, atau faktor berkaitan manusia, tetapi perkara itu masih belum jelas,” kata kementerian alam sekitar pada Isnin.

    “Kami sedang menyiasat punca dengan kerjasama doktor haiwan dan organisasi berkaitan, sambil mempertingkat pemantauan situasi,” tambah kementerian itu.

    Pulau Okunoshima, yang pernah menjadi lokasi kilang gas beracun semasa Perang Dunia Kedua, kini menempatkan sebuah muzium sejarah. Disebabkan kadar pembiakan arnab yang tinggi, pulau itu turut dikenali sebagai tempat untuk ‘mencari rezeki untuk keluarga’, menurut laman web rasminya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan arnab diberi makan oleh pelancong di pulau Okunoshima, Kota Takehara, Wilayah Hiroshima. – ANN/Japan News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda