Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh di negara ini, dijatuhi hukuman lima bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret.
Hukuman dijatuhkan Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim terhadap Mohamad Arief Budiawan, 24, yang mengaku bersalah tinggal selama 634 hari di negara ini setelah pas melawat yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 1 Oktober 2016 sehingga ditahan pada 28 Jun 2018.
Tertuduh diberkas pegawai penguat kuasa imigresen dalam Operasi Cantas JIPK 128/2018 di rumah kebun di Kampung Masin selepas mendapati pas melawat yang tertera dalam pasportnya telah mansuh.