Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah tinggal lebih masa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Mahkamah Majistret Khamis lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang wanita warga Indonesia kerana tinggal lebih masa di negara ini.

    Sherley Fitri Yulianti, 40, juga diperintahkan untuk menyelesaikan denda $1,000, atau menjalani penjara tambahan selama sebulan, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang menyatakan bahawa dia telah tinggal lebih masa selama 524 hari sejak tamat tempoh pekerjaannya sehingga penangkapannya.

    Pendakwa Imigresen Zul Azri Ranee mendedahkan di mahkamah bahawa defendan telah ditahan pada pukul 8:55 pagi 17 Januari di kuarters sewanya di Kampung Tanjung Nangka.

    Pegawai penguat kuasa yang membuat pemeriksaan mendapati defendan disenaraikan sebagai pekerja melarikan diri.

    Siasatan seterusnya membongkar perbuatan tertuduh yang menyalahi undang-undang.

    Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni mengendalikan kes tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda