Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Dua lelaki, masing-masing warga Indonesia dan Filipina yang berdepan pertuduhan tinggal melebihi masa di negara ini dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Majistret.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memutuskan hukuman lapan bulan penjara dan tiga sebatan terhadap Nanang Nurjamil, 37, yang mengaku bersalah tinggal selama 1,203 hari bermula dari tarikh mansuh pas lawatannya pada 7 Januari 2016 sehingga tarikh diberkas.
Sementara Allan B Oliveros, 43, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah tinggal selama 2,622 hari selepas pas lawatannya mansuh pada 18 Februari 2012. Masing-masing ditahan dalam operasi bersama di Kampung Pulaie dan Kampung Kiulap pada 24 April 2019.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes dibuat Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan.