Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Padah ugut rakan, wanita Malaysia dipenjara 2 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Gurauan untuk memuat naik gambar dan rakaman video tidak senonoh mengundang padah kepada seorang wanita warga Malaysia apabila dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

    Hasnah binti Mohamad, 39 tahun mengaku bersalah atas tuduhan mengugut rakannya yang dia akan memuat naik gambar dan rakaman video tidak senonoh isteri rakannya itu ke dalam Facebook dan YouTube.

    Tertuduh pada 11 Februari 2017 didakwa mengirim WhatsApp kepada rakannya dan mengugut untuk memuat naik gambar isterinya, jika rakannya tidak membayar $300 kepadanya.

    Tertuduh juga menyuruh rakannya untuk menyimpan wang itu ke dalam sampul surat dan memberikannya kepada seorang pekerja warga Filipina di sebuah restoran pada keesokan harinya.

    Tertuduh yang mengakui kesalahannya itu mendakwa ugutan itu hanyalah satu gurauan namun Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menyifatkan perbuatan tertuduh adalah suatu ‘pemerasan’ di mana tertuduh telah mengugut rakannya untuk memuat naik gambar itu jika rakannya tidak membayar wang seperti yang diarahkan.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini