Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Padang bola sepak satu kemestian’

    BEIJING, 30 DIS – Menjelang 2025, semua komuniti perumahan baharu perlu dilengkapi dengan sekurang-kurang sebuah padang bola sepak.

    Menurut kenyataan bersama Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa China (MOHURD) serta Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara semalam, projek perintis telah dilaksanakan di sembilan buah bandar bermula tahun lepas.

    Sembilan kawasan itu terma-suk Wuhan, Dalian, Hohhot, Yantai, Xiaogan, Meizhou, Shenzhen, Fuzhou dan Wangqing.

    Selain itu, sebanyak 779 padang bola sepak di kawasan komuniti perumahan telah dibina atau dibaik pulih setakat ini.

    Naib Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Huang Yan berkata pelbagai langkah sudah diambil untuk mempermudah prosedur pembinaan projek padang bola sepak di seluruh negara.

    Dalam perkembangan lain, MOHURD turut menjelaskan China menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah padang bola wajib dibina di setiap komuniti perumahan di bandar-bandar utama negara ini menjelang 2025. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda