Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padang SNBJ sedia untuk aksi Final Piala Malaysia

    KUALA LUMPUR, 19 MAC – Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat berada dalam keadaan cukup baik dan bersedia untuk dijadikan sebagai pentas aksi final Piala Malaysia 2024-2025 pada 12 April ini. 

    Tinjauan Bernama hari ini mendapati kerja-kerja persiapan seperti memotong rumput sedang dijalankan selain kehijauan rumput padang yang bercorak ‘papan dam’ dilihat kemas tanpa sebarang kerosakan seperti sebelum ini. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Iliyas Jamil, berkata pihaknya juga telah bersedia untuk penganjuran piala berprestij yang bakal menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang FC  itu.

    Beliau turut mengesahkan bahawa penukaran rumput jenis hibrid pada padang yang diberi jolokan gelanggang ‘keramat’ Harimau Malaya itu, tidak akan dilakukan dan akan terus kekal menggunakan rumput Zeon Zoysia. 

    “Buat masa ini kita kekal padang rumput Zeon Zoysia, sebab ia berada dalam keadaan baik dan kami tidak mahu ganggu. 

    “Kalau buat pertukaran akan mengambil masa yang lama, kami akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media PSM hari ini. – Bernama

    Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menjadi pentas perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 pada 12 April ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda