Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paderi Kenya berdepan dakwaan bunuh lebih 100 orang

    MALINDI, KENYA, 2 MEI – Seorang paderi Kenya dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan keganasan berhubung kematian lebih 100 orang yang ditemui ditanam menerusi ‘pembunuhan beramai-ramai Hutan Shakahola’, menurut pendakwa raya.

    Negara itu dikejutkan dengan penemuan kubur besar di sebuah hutan berhampiran bandar pantai Lautan Hindi, Malindi, pada bulan lalu.

    Paul Nthenge Mackenzie, yang mengakui dirinya sebagai paderi, membangunkan Good News International Church pada 2003 dan didakwa menghasut pengikutnya untuk mati kelaparan.

    Bilik mahkamah dipenuhi dengan ahli keluarga mangsa ketika Mackenzie dibawa masuk oleh enam anggota polis dan enam defendan.

    Selepas sesi penerangan, kes dipindahkan ke mahkamah tinggi di Mombasa, bandar kedua terbesar di Kenya, di mana suspek akan berdepan dengan dakwaan keganasan, pendakwa raya, Vivian Kambaga memberitahu AFP.

    Ezekiel Odero, seorang paderi televisyen berprofil tinggi, juga dijangka akan berada di mahkamah tinggi di Mombasa berikutan penahanannya di Malindi pada Khamis berhubung dengan kes serupa.

    Seramai 109 orang setakat ini disahkan maut, kebanyakannya adalah kanak-kanak.

    Autopsi pertama dijalankan di Shakahola kelmarin ke atas sembilan kanak-kanak dan seorang wanita.

    Mereka mengesahkan kebuluran adalah punca kematian, dan beberapa orang mangsa mengalami sesak nafas, menurut pihak berkuasa. – AFP

    Paul Nthenge Mackenzie dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan keganasan terhadap kematian lebih 100 orang yang ditemui ditanam menerusi ‘pembunuhan beramai-ramai Hutan Shakahola’. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda