ANKARA, 26 JAN – Seorang lelaki menyerang paderi di dua gereja dengan parang di selatan Sepanyol menyebabkan seorang paderi terbunuh dan empat yang lain cedera, lapor media tempatan, kelmarin.
Pelaku yang dipercayai pendatang tanpa izin dari Maghribi, menyerang dua gereja berdekatan – San Isidro dan Nuestra Senora de La Palma dekat pusat bandar Algeciras pada 8 malam, lapor agensi Anadolu.
Polis berkata penyerang telah ditahan. – Bernama