Friday, March 14, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Page minta pasukan ambil pengajaran

    DOHA, 30 NOV – Wales akan meninggalkan Qatar dengan perasaan berbelah bahagi – rasa bangga kerana mara ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 64 tahun serta kecewa kerana gagal mara ke peringkat seterusnya.

    Skuad kendalian Rob Page, yang disokong oleh ‘askar merah’ di Negara Teluk itu, mendapat keputusan seri 1-1 berdepan Amerika Syarikat pada perlawanan pembukaan, diikuti dengan kekalahan 2-0 bertemu Iran dan tewas 3-0 kepada England pada Selasa.

    Selepas mencapai peringkat kalah mati pada dua Kejohanan Eropah, Wales bergelut di Qatar, dengan bintang yang semakin malap, Gareth Bale dan Aaron Ramsey, yang berada jauh daripada tahap terbaik mereka.

    “Kami berasa kecewa kerana kami tahu dalam beberapa perlawanan lalu kami belum dapat menunjukkan aksi sebenar kami dan itu mungkin kekecewaan terbesar saya dan para pemain,” kata Page.

    “Adalah sangat penting untuk belajar daripada kesilapan ini. Kami telah merasainya, dalam Piala Dunia dan Euro, dan kami mahu teruskan dengan kelayakan.”

    Jurulatih tersebut menggesa supaya tumpuan diberikan kepada perspektif yang lebih besar, sambil berkata pengalaman ini lebih bermakna buat skuad muda.

    “Kami belum mencapai kumpulan pemain ada pada England dan saya rasa mereka akan terus berjaya dalam kejohanan ini,” katanya.

    “Untuk kami, satu pencapaian yang menakjubkan.

    “Kami perlu mendedahkan pemain-pemain muda dengan persekitaran sebegini dan berharap pada masa depan kami boleh mara ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda