Thursday, June 20, 2024
23 C
Brunei

    -

    Pahang tubuh jawatankuasa periksa buah, sayur di pasaran

    KUANTAN, 22 MEI – Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan bekalan sayur dan buah-buahan dalam pasaran negeri adalah selamat dimakan, di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.

    Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.

    Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengawal penggunaan racun makhluk perosak dalam sektor perladangan sayur dan buah di negeri ini, dengan objektif menyelaras dan mengawal selia aktiviti-aktiviti pemantauan penggunaan racun makhluk perosak, memastikan kawalan penggunaan racun makhluk perosak bermula dari ladang sehingga ke pasaran.

    “Selain itu ia juga akan melaksanakan program latihan dalam kalangan pengusaha dan pengendali racun makhluk perosak, meningkatkan kerjasama di antara agensi yang terlibat di sepanjang rantaian bekalan bermula dari ladang hingga ke pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Wan Rosdy berkata jawatankuasa itu juga akan menyelaras dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan mengikut fungsi agensi masing-masing, justeru beliau berharap dengan adanya jawatankuasa ini, kerajaan negeri dapat memastikan sayur dan buah-buahan di pasaran adalah selamat. – Bernama

    Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Majlis Pelancaran Flag-Off Barang Bantuan Kemanusiaan dari Pahang ke Gaza di NYS Marketing pada 20 Mei. Jawatankuasa untuk pastikan buah dan sayur selamat dimakan akan ditubuhkan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...