TOKYO – Baru-baru ini, Tokyo telah melancarkan maskot yang telah lama ditunggu-tunggu untuk temasya Sukan Olimpik 2020, satu karakter futuristik yang memaparkan mata berwarna biru dengan telinga yang tajam serta mempunyai kuasa yang istimewa telah dipilih oleh pelajar-pelajar sekolah di seluruh Jepun.
Maskot yang belum mempunyai nama itu dipilih oleh para pelajar sekolah rendah melalui satu senarai pendek daripada tiga pesaing yang sudah dikenali sebagai ‘Made in Japan’.
Para pelajar telah memilih pilihan ‘A’, yang mana menurut penganjur Tokyo 2020, pilihan ‘A’ ini mempunyai rasa keadilan yang kuat dan sangat berani.
Selain itu, ia juga mempunyai kuasa ajaib bagi membolehkannya untuk bergerak ke mana-mana sahaja ia mahu.
Manakala maskot Paralimpik pula berwarna merah jambu dan diadaptasikan dari bunga ceri terkenal Jepun di mana lazimnya ia akan kelihatan tenang, bagaimanapun, ia akan menjadi sangat kuat apabila ia diperlukan.


Maskot comel berwarna merah jambu ini mempunyai kuasa untuk bercakap dengan batu dan juga angin malah ia juga boleh memindahkan benda-benda dengan hanya melihatnya sahaja.
Pasangan maskot ini mempunyai personaliti yang berbeza namun merupakan sahabat yang baik dan telah menerima lebih daripada 100,000 undian, berbanding dua lagi reka bentuk gabungan maskot yang lain. Maskot sangat berleluasa dan terkenal di Jepun, seperti Hello Kitty dan juga Pokemon, malah dianggarkan ribuan maskot dihasilkan mewakili segala-galanya dari masyarakat kecil kepada penjara.
Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ‘Yuru-Kyara’ atau ‘Watak Santai’, maskot juga boleh menyumbang pendapatan yang tinggi. Satu maskot beruang yang mempunyai corak bulat merah pada pipinya dan dikenali sebagai Kumamon telah dicipta pada tahun 2010 untuk mempromosikan rantau Kumamoto di Selatan Jepun, meraih AS$8.8 juta pada tahun lepas untuk peniaga tempatan dalam menjual jenama produk-produk mereka.
Perniagaan yang besar
Miyu Kawa yang berusia dua belas tahun berkata bahawa maskot ini sangat unik dan ‘Cool’.
“Saya sangat teruja melihat karakter-karakter ini dipamerkan di mana-mana lokasi di Jepun,” tambahnya lagi kepada media.
Namun reaksi media sosial bercampur baur dan ada yang mengatakan bahawa mereka inginkan sesuatu yang lebih bulat dan senang serta selesa dipeluk.
Beberapa orang pengguna mengatakan bahawa maskot yang kelihatan futuristik lebih menarik di mata kanak-kanak manakala orang dewasa lebih suka memilih yang lebih lembut serta tradisional.
Disambut dengan watak-watak karakter yang comel, pasukan Tokyo 2020, Gabenor bandar Yuriko Koike berkata bahawa beliau berharap pemilihan itu akan terus membina momentum dan keseronokan di mana lebih kurang 900 hari lagi temasya Sukan Olimpik akan berlangsung.
Maskot Tokyo 2020 ini akan diharap dapat meniru kejayaan Soohorang, maskot harimau temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dan telah diserahkan kepada atlet di podium.
Lebih daripada 100,000 anak patung boneka (Soohorang dan maskot Paralimpik, Banbdabi) dijual sepanjang tahun lalu, menurut penganjur Pyeongchang.

Soohorang telah mencetuskan satu ‘kegilaan’ media sosial yang tidak disengajakan selepas seorang sukarelawan memakai pakaian seperti harimau tersekat di pintu dan memerlukan pertolongan dari orang ramai untuk menolaknya.
Olimpik Rio 2016 menggunakan maskot berupa kucing kuning yang mewakili fauna dan binatang liar yang kaya di Brazil dinamakan sebagai Vinicius selepas muzik hebat Vinicius de Moraes.
Manakala maskot Paralimpik, berwarna biru dan hijau kemudian kepalanya ditutup dengan daun untuk mewakili tumbuh-tumbuhan kaya Brazil, dinamakan Tim selepas pemuzik hebat, Tom Jobim.
Brazil telah meraih keuntungan sekitar AS$300 juta daripada pelesenan harta intelek dari Sukan Olimpik 2016, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Tertinggi dan terlepas
Semasa temasya Sukan Olimpik di London pada tahun 2012, maskot Wenlock dan Mandeville terbukti mampu bergerak jauh daripada emas Olimpik dan mendapat liputan secara meluas.
Watak yang bermata satu itu dikenali sebagai maskot yang pelik dan menyeramkan oleh sesetengah individu, malah dilaporkan bahawa saham pengeluar maskot ini menurun lebih daripada satu pertiga.
Piala Dunia Rugby, yang akan berlangsung di Jepun pada tahun depan akan menggunakan sepasang singa sebagai maskot mereka.
Dengan warna pijar, tanduk dan wajah pendek yang kelihatan seperti berbentuk bola ragbi, maskot Rend an G diilhamkan oleh Shishi, maskot singa mitos yang terdapat dalam perayaan tahun baharu Jepun dan teater Kabuki.
Para penganjur telah beralih kepada kanak-kanak untuk memilih maskot 2020, dengan harapan untuk mengelakkan pengulangan daripada logo rasmi Olimpik rasmi, yang mana akhirnya perlu dibatalkan berikutan tuduhan plagiarisme. Pereka Ryo Taniguchi terkejut dengan keputusan itu.
“Terima Kasih, fikiran saya kosong, saya tidak tahu apa yang harus saya katakan,” katanya ketika keputusan itu diumumkan pada majlis itu.
“Saya ingin memberitahu kepada isteri tercinta saya,” tambahnya lagi kepada media. – AFP