Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Kerja-kerja pembaikan paip bocor di Jalan Tutong, berdekatan Simpang 344 Kampung Birau sedang dijalankan hari ini bermula pukul 2 petang hingga kerja-kerja selesai.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya memaklumkan kepada penduduk di kawasan Jalan Kecil Birau hingga kawasan Kampung Luagan Timbaran bahawa kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah dan untuk permohonan pembekalan air tangki, sila hubungi Talian Darussalam 123.