Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja segera bagi pembaikan paip air bocor di kawasan Melabau sedang dilaksanakan pada masa ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, hari ini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan terlibat iaitu Gadong Central, Kampung Menglait, Kampung Pengkalan Gadong, kawasan Komersial Gadong, Kampung Batu Bersurat, Kampung Kumbang Pasang dan kawasan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.
Orang ramai yang ingin membuat permohonan perkhidmatan tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123 supaya ia dapat ditangani dengan segera.
