Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pak Ya kongsi kesusahan sebelum jadi pelawak

    Pelawak dan pelakon senior Malaysia, Ilya Buang, 58, atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, memulakan karier seni sekitar tahun 1988 sebagai pelakon teater bangsawan negeri Perak, memberitahu dia pernah menyertai program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan bersama kumpulan Serba Salah yang dianggotai arwah Hamdan dan Wahid.

    Menurut Pak Ya, bukan mudah untuk mencipta nama dalam industri hiburan kerana dia perlu melalui zaman kesusahan semasa awal kemunculan, lapor mStar.

    Malah, ketika itu juga kerjaya sebagai pelawak dan tidak menjanjikan pendapatan yang mewah.

    “Saya mulakan kerjaya sebagai artis pada tahun 1988 dan ketika itu aktif sebagai pelakon teater bangsawan negeri Perak, disitu saya belajar mengenai dunia lakonan.

    “Selepas beberapa tahun menjadi artis kebudayaan Perak, kemudian pada tahun 1995 saya menyertai program realiti Sinaran Passport Kegemilan bersama Wahid dan arwah Hamdan kemudian orang mengenali saya sebagai pelawak.

    “Waktu awal nak masuk tu saya ajak Wahid tapi dia tak mahu kemudian arwah Hamdan datang dan berminat nak join walaupun dia tak pandai berlakon atau melawak, saya cakap boleh tapi kena pujuk Wahid,” cerita Pak Ya ketika ditemu bual. – Agensi

    Pak Ya sempat melalui zaman kesusahan semasa awal kemunculannya sebagai artis. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda