Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pak Ya perlu jalani pembedahan buang batu dalam hempedu

    Selepas hampir seminggu mengadu sakit pada bahagian perut, pelakon dan pelawak Malaysia, Ilya atau Pak Ya bakal menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh anaknya kenali sebagai Dahlia, 21, memberitahu doktor mengesahkan bapanya perlu menjalani pembedahan itu selepas melakukan ujian endoskopi dilakukan pada Sabtu.

    “Hari Jumaat lalu ayah sendiri yang minta dibawa ke hospital. Kalau dia yang minta bermakna memang dia sudah tidak tahan. Selepas melakukan pemeriksaan terdapat batu dalam hempedu dan ayah perlu jalani pembedahan hari ini.

    “Namun pada Isnin, proses pembedahan disahkan selepas doktor pakar jantung melakukan pemeriksaan. Ayah juga ada masalah jantung sebelum ini, jadi bimbang jika pembedahan tersebut memberi risiko,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Ilya atau Ilya Buang Shaharum, 57, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor sejak Jumaat lalu.

    Tambah Dahlia, bapanya itu mula mengadu sakit pada bahagia perut sejak Rabu minggu lalu namun masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

    Dia kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum disarankan untuk melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

    “Ketika melakukan pemeriksaan di klinik doktor sudah jangka terdapat masalah di hempedu, namun ayah enggan terus ke hospital. Katanya masih boleh bertahan dan hanya makan ubat.

    “Sehinggalah dia sendiri yang minta untuk dibawa ke hospital. Selepas mendapatkan rawatan, sakit pada bahagian perut berkurang dan kini menunggu untuk pembedahan. – Agensi

    Ilya dimasukkan ke hospital sejak Jumaat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda