Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Majlis Perundingan Kampung dan Biro Wanita Kawasan 2 RPN Kampung Mentiri baru-baru telah mengambil inisatif menerusi Program Dibuang Sayang menghulurkan bantuan berupa pakaian terpakai dan air Mineral kepada mangsa banjir di Daerah Tutong, Belait, Miri dan Bintulu, Sarawak.
Sumbangan berkenaan disampaikan Oleh Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Mentiri, Haji Mohammad Nizam bin Haji Julaihi kepada Muhammad Amirul Aqil bin Abdullah Ang, Pemangku Pengerusi 1 Projek Bina Harapan .
Dalam majlis berkenaan, sebanyak 120 kotak berisi pakaian terpakai dan 23 kotak air mineral telah di sumbangan hasil kutipan daripada orang ramai sepanjang Program Dibuang Sayang yang ke-4 berkenaan.
Dengan ada program kebajikan seumpama ini, ia diharap akan dapat meringankan beban mangsa dalam menghadapi musibah banjir.